FBI Sahkan Pengganas Malaysia Mati Dalam Serbuan
WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Zulkifli Hir @Marwan, salah seorang pengganas paling dikehendaki telah terbunuh dalam satu serbuan di Filipina Januari lalu.
Seseorang yang dekat dengan penyiasatan itu berkata FBI dapat mengesahkan kematiannya melalui bahagian analisis DNA jari yang terputus yang dikumpulkan pihak berkuasa Filipina, diambil dari tempat kejadian serbuan negeri yang telah menyebabkan kematian Marwan.
Jari tersebut telah dibawa ke AS di mana ejen-ejen FBI membandingkan DNAnya dengan salah seorang adik-beradiknya dan menemui perkaitan.
Hanya satu jari, bukannya keseluruhan badan yang ditemui dari tempat kejadian kerana berlaku huru-hara selepas serbuan itu di mana 44 komando polis Filipina terbunuh apabila mereka bertempur dengan pemberontak Islam.
Serbuan berakhir dengan gencatan senjata selama tiga tahun.
Jabatan Negara AS telah menawarkan AS$5 juta bagi penangkapan Marwan, seorang anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda di sebalik beberapa serangan bom di Filipina.
Tiga tahun lalu, tentera Filipina melaporkan bahawa Marwan mati dalam serangan udara, tetapi dia muncul semula tahun lepas di Mindanao di bawah perlindungan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro.
Dalam satu kenyataan, Penolong Pengarah FBI Los Angeles, David Bowdich berkata agensi itu telah mengeluarkan Marwan dari senarai pengganas yang paling dikehendaki dan mengucapkan terima kasih kepada polis Filipina.
"Sekali lagi, anggota FBI lelaki dan wanita mengucapkan takziah kepada pegawai Pasukan Tindakan Khas yang kehilangan nyawa mereka ketika cuba untuk menangkap buruan berbahaya ini," kata Bowdich. - REUTERS
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini