Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: 150 buah rumah di perkampungan nelayan Langkawi musnah dijilat api

No Comment


LANGKAWI: Kira-kira 150 buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran kira-kira pukul 1.15 petang tadi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dari salah sebuah rumah setinggan tersebut yang merebak ke rumah berdekatan.

Angin kuat dan cuaca panas menyebabkan api marak begitu cepat sehingga ada penduduk yang tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan barangan mereka.





Menurut pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),  Nur Hafizah Mohamad Lukman, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.29 petang  sebelum bergegas ke lokasi kira-kira 1.40 petang.

Pihaknya dengan kekuatan 36 anggota dan empat jentera berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurut  Hafizah, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan.

Beliau berkata jumlah rumah yang terlibat besar disebabkan kedudukan rumah yang terletak rapat antara satu sama lain.

Ini kejadian kedua yang membabitkan perkampungan nelayan itu. Dalam kejadian 2010 lalu, lebih tujuh puluh buah rumah dilaporkan musnah. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli