Gambar Bakal Isteri Zizan Razak Yang Menjadi Tanda Tanya tersebar
Hari ini tersiar beberapa keping gambar di laman sosial yang menunjukkan gambar seorang gadis yang dikatakan bakal isteri pelakon dan pelawak populak Zizan Razak.
Gambar tersebut telah dimuatnaik oleh portal hiburan terkenal Rotikaya yang menunjukkan beberapa keping gadis tersebut bersama Zizan.
Zizan yang sebelum ini merahsiakan siapa gadis tersebut telah menghantar rombongan merisik ke rumah gadis berkenaan yang namanya didedahkan sebagai Nor Edura Diyana Hashim.
Menurut sumber, Nor Edura, 24, adalah seorang penuntut di sebuah universiti di Terengganu yang mengambil jurusan perakaunan.
Berdasarkan sumber itu juga yang ditulis dalam portal Rotikaya, keluarga Zizan memang ada datang ke kediaman Nor Edura namun tidak pasti akan tujuan mereka.
Adakah gadis mesteri yang menjadi pertanyaan peminat-peminat Zizan sudah terjawab? apapun kita tunggu jawapan daripada mulut Zizan sendiri. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini