Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hafiz Hamidun Tidak Setuju Dengan Garis Panduan Baru Dikeluarkan JAKIM

No Comment


Berikutan garis panduan baru yang dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun telah membuat satu luahan berkaitan pengasingan di antara lelaki dan wanita dalam acara hiburan.

Hafiz yang popular dengan lagu nasyid Kasih Padamu berkata banyak perkara yang perlu diambil kira dalam membentuk garis panduan tersebut kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan ia perlu dicuba dahulu sebelum mengkuatkuasakan perlaksanaan.

BACA: Lelaki Dan Perempuan Perlu Diasingkan Semasa Konsert - JAKIM

“Akan tetapi, ini tidak bermakna saya menentang atau tidak bersetuju 100 peratus. Saya masih hormati dan percaya bahawa ada jalan penyelesaian berhubung dengan isu ini”

“Namun, saya sangat terbuka untuk menyertai mana-mana perbincangan seperti mana yang dimaklumkan kepada saya sebaik sahaja isu garis panduan ini mendapat perhatian.

"Saya yakin bahawa masyarakat negara ini yang masih tahu membezakan antara perkara baik dan buruk serta mampu mengawal diri mereka dalam berhibur," katanya.

Beliau turut berkata, Islam itu sendiri tidak menghalang umatnya untuk berhibur cuma perlu menjaga batas dan adab yang ditetapkan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli