Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Kandung Bimbang Selepas Keluarga Angkat Anak Hadapi Masalah Dan Tidak Dapat Dijejaki

No Comment


KULIM: Seorang ibu, Pn Sabariah Binti Abdul Rashid telah tampil meminta pertolongan orang ramai yang mengetahui di manakah anak kandungnya, Mohd Izlan Fahmi Bin Abdul Wahab yang telah diserahkan kepada keluarga angkat 14 tahun lalu supaya tampil menghubunginya.

Beliau bertindak demikian bukan untuk menuntut anaknya itu daripada keluarga angkat tetapi risau nasib anaknya itu selepas mendapat berita kurang elok menimpa keluarga angkat anaknya itu.

Menurut beliau, beliau telah menyerahkan Izlan kepada sepupunya, Puan Zuraini semasa berumur 7 hari untuk dijaga kerana waktu itu kehidupannya amat susah dan mendesak.

"Selama dijaga oleh Pn. Zuraini, dia ada membawa anaknya itu melawat kami beberapa kali dan kali terkahir adalah tahun lalu selepas mereka datang untuk meminta surat pengesahan penyerahan anak angkat kerana Izlan susah untuk berurusan dengan pihak sekolah dalam urusan bantuan persekolahan."

"Sekarang apa yang saya risaukan lokasi mereka kami tidak tahu selepas menghilangkan diri dan apa yang paling merisaukan saya adik kepada Pn Zuraini ada memberitahu keluarga kakaknya itu dalam masalah di mana dikatakan Izlan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat," ceritanya.

Punca Pn Zuraini menghilangkan diri selepas dia dikatakan menghadapi masalah dengan keluarganya.

Beliau tampil mendedahkan hal ini kerana amat risau akan nasib anaknya itu dan jika Pn Zuraini tidak mampu untuk menjaga anaknya itu dia boleh ambil kembali jika dibenarkan.

"Bukan niat untuk berebut anak tetapi jika beliau tidak mampu menjaga anak saya itu boleh serahkan kembali hak jagaan kepada saya." katanya.

Kepada sesiapa yang mengetahui dimanakah Pn Zuraini dan Mohd Izlan Fahmi berada bolehlah menghubungi Puan Sabariah 0134191698 atau kakaknya Cik Asma 0134632782. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli