Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

IS godam laman web, Facebook TV Perancis

No Comment


PARIS - PERANCIS. Kumpulan militan (IS) telah menggodam laman web dan laman sosial Facebook sebuah rangkaian televisyen Perancis, TV5Monde.

Menurut stesen TV berkenaan, perkara ini belum pernah terjadi dan kumpulan militan (IS) mengaku melakukan penggodaman ini.

Memetik laporan BBC,  penggodam memaparkan kad ID askar Perancis yang terlibat dalam operasi anti IS di laman web stesen TV berkenaan dan turut menukar gambar profil Facebook  dengan gambar pejuang IS bertopeng.

Selain itu, penggodam turut meninggalkan mesej  "CyberCaliphate akan meneruskan jihad siber  terhadap musuh yang menentang IS " dalam laman Facebook.

Pengarah Digital, TV5Monde, Helene Zemmour berkata, kejadian penggodaman berskala besar ini belum pernah terjadi terhadap stesen TV berkenaan.

Bagaimanapun, laman web dan Facebook kembali seperti sedia kala selepas dua jam kemudian.

Perancis adalah antara negara yang bersama-sama Amerika Syarikat menjalankan serangan udara terhadap IS di Iraq dan Syria.

Pada bulan Januari, Twitter dan YouTube  tentera Amerika Syarikat turut digodam pro IS. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli