Isteri Mangsa Pukul Sehingga Mati Kerana Dituduh Curi Lembu Tampil Luah Perasaan
Hilang tempat bergantung, itulah boleh dikatakan nasib yang menimpa isteri kepada seorang lelaki yang dipukul sehingga mati oleh penduduk kampung Pengkalan Maras, Terengganu hanya kerana dituduh mencuri lembu.
Kejadian ini telah mendapat perhatian dari ramai orang apabila menyifatkan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana belum pasti akan kejadian sebenar dan ramai menyoalkan kenapa lelaki itu dipukul sehingga mati kalaupun dia yang melakukannya.
Semalam tampil seorang rakan mangsa menceritakan kejadian sebenar dan menafikan arwah mangsa mencuri lembu tersebut.
Kejadian ini sudah semestinya memberi kesan yang amat mendalam kepada isteri mangsa apabila hilang suami yang disayangi. Isteri mangsa telah memuatnaik status dilaman Facebook miliknya meluahkan rasa dan menceritakan kenangan mereka bersama.
"Selamat hari lahir yang ke 29 buat suami tersayang (Amir) dan selamat kembali ke rahmatullah pada 14 April 8.30 malam. Semoga berada di kalangan orang yang beriman.
"Selama perkenalan kita 7 tahun, Ummi happy dan bahagia sangat dengan Abie. Terima kasih jaga Ummi dengan Fina selama ini walaupun perkahwinan kita baru dua tahun. Tuhan lagi sayangkan Abie. Ummi redha dengan ketentuanNya.
"Ummie bagi hadiah untuk Abie, anak nombor dua untuk Abie dan Afina. Insya Allah Ummi jaga Afina dan adik sebaik (mungkin) supaya jadi anak solehah dan soleh walau tanpa Abie di sisi.
"Ummi kena kuat untuk anak-anak kita. Terima kasih sebab ajarkan Ummi untuk kuat macam sekarang ni. Buat yang mengenali Amir, tolong maafkan dan halalkan segala-galanya. Al-fatihah," luah isteri mangsa yang amat terkilan dengan kejadian berkenaan.
Sungguh hiba rasa hati SK melihat wajah si kecil bersama arwah ayahnya, bagaimana hidup akan diteruskan tanpa bapa yang sudah pasti menjadi tempat bergantung.
Inilah padahnya apabila membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa yang akhirnya membuat satu nyawa tidak berdosa melayang apatah lagi mengetahui isteri mangsa sedang mengandung anak yang kedua.
Apapun SK doakan isteri Amir tabah dan kuat, kerana yang pasti apa yang terjadi adalah kehendakNya dan harap mereka yang terlibat akan dihukum dengan setimpal dengan apa dilakukan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini