Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jet F-16 Indonesia terbakar selepas terbabas semasa berlepas

No Comment


Jakarta: Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera Indonesia terbakar ketika mahu berlepas di sebuah pangkalan tentera udara di sini, semalam.

Ketua turus tentera udara Indonesia, Agus Supriatna berkata, juruterbang pesawat itu mengalami kecederaan ringan selepas berjaya melompat keluar dari kokpit.

“Ketika pesawat itu hampir berlepas tiba-tiba enjinnya terbakar dan juruterbang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan.

“Juruterbang itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar,” katanya.

Jurucakap tentera, Fuad Basya memberitahu juruterbang itu mengalami kecederaan ringan selepas terjun dari pesawatnya yang sedang dijilat api.

Ujarnya, tentera kini menyiasat kejadian berkenaan yang berlaku di Pangkalan Tentera Udara Halim di timur Jakarta.

Kejadian berlaku ketika jet pejuang berkenaan sedang bergerak untuk berlepas bersama tiga lagi pesawat yang lain.

Semua jet pejuang berkenaan melakukan persiapan keselamatan sebelum sidang kemuncak Asia dan pemimpin Afrika di Indonesia pada minggu depan.

Jet F-16 itu antara pesawat pejuang dibekalkan Amerika Syarikat kepada tentera udara Indonesia. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli