Kanak-kanak autisme lukis peta dunia
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Siapa sangka, seorang kanak-kanak Autisme mampu untuk melukis peta dunia tanpa merujuk mana-mana buku atau imej.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh seorang kanak-kanak lelaki Autisme yang berusia 11 tahun apabila dia melukis sebuah peta dunia merangkumi pulau-pulau kecil di atas sebuah papan putih di dalam sebuah kelas.
Perkara tersebut dikongsi oleh salah seorang pengguna laman perkongsian Reddits yang menggunakan nama Bobitis.
Menurut Bobitis yang juga salah seorang bapa kepada pelajar kelas terbabit memberitahu, kanak-kanak tersebut adalah anak kepada seorang profesor yang mengajar anak perempuannya.
“Dia datang ke dalam bilik darjah dan melukis peta dunia tersebut.
"Saya sangat kagum dengan bakat yang ditunjukkan pelajar ini terutamanya sebagai salah seorang bapa yang mempunyai anak autisme,” katanya dipetik Metro.uk.
Sementara itu, ScienceAlert melaporkan bahawa sesetengah pakar percaya kebolehan mengingat kanak-kanak Autisme berkaitan dengan perubahan dalam otak mereka namun begitu pemahaman penuh mengenai perkara ini masih belum dipastikan. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini