Ketua misi Ebola mungkin utusan khas PBB ke Yaman
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dijangka mencalonkan ketua wakil PBB bagi misi Ebola sebagai wakil khas baharu ke Yaman.
Duta Yaman ke PBB, Khaled Alyemany berkata, Ismael Ould Cheikh Ahmed dari Mauritania, adalah satu-satunya calon untuk jawatan itu bagi menggantikan Jamal Benomar yang mengumumkan pengundurannya semalam.
"Setiausaha Agung sudah pun membuat keputusan," kata Alyemany. "Ould Cheikh adalah seorang diplomat terbaik PBB, mempunyai kepakaran dan pernah mengetuai misi bantuan PBB ke Yaman beberapa tahun lalu," katanya.
Benomar mengundurkan diri selepas empat tahun menjalankan misi keamanan di Yaman namun mendapat kritikan hebat selepas Arab Saudi mengetuai pakatan negara Arab menjalankan operasi serangan udara ke kubu pemberontak Yaman, baru-baru ini. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini