Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kritik hudud, tapi tak faham sistem'

No Comment


GOMBAK - Kebanyakan mereka yang mengkritik dan tidak menyokong pelaksanaan hudud adalah disebabkan ketidakfahaman kandungan sistemnya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk  Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau menolak pendapat segelintir pihak mengatakan sistem hudud sebagai kuno dan zalim.

Menurutnya, pelaksanaannya dituntut dalam agama bagi sebuah kerajaan Islam, bukannya atas sebab politik.

“Jika kata hudud kuno, maka mereka yang beragama juga ketinggalan zaman kerana tiada agama yang baru diperkenalkan kerana semuanya telah diamalkan sejak beratus tahun dahulu.

“Sistem hudud telah dibincangkan secara rapi dan teliti sejak dicadangkan 1993 lagi dan tidak akan nampak kelemahannya jika tidak dilaksanakan.

“Perinciannya juga telah diputuskan dengan ambil kira pelbagai faktor. Jika bukti cukup dan patuhi syarat, baru hudud dikenakan kepada pesalah dan jika sebaliknya, mereka tidak terlepas hukuman dan tetap menjalani mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada orang ramai yang hadir semasa sesi dialog di Taman Boltan, malam kelmarin.

Mohd Amar menambah, pembentangan isu hudud dalam sidang Dun Kelantan juga tidak menyalahi Perlembagaan dan mengikut saluran yang betul.

“Kita hormati Perlembagaan atas dasar demokrasi, tidak menjadi kesalahan jika diluluskan dalam dewan. Lainlah jika dilaksanakan tanpa kebenaran.

“Perjuangan kita adalah meminda Perkara 355 iaitu meningkatkan hukuman kepada pesalah-pesalah jenayah syariah dan tiada kaitan kepada bukan beragama Islam yang mengguna pakai undang-undang sedia ada. Bila bukan Islam tak setuju hudud, kita jadi hairan kerana menghalang orang Islam menjalankan kewajipan,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, melalui sesi penerangan dan pendidikan berkenaan hukum hudud sejak dicadangkan pada 1993, hampir 90 peratus rakyat Kelantan menyokong sistem tersebut dilaksanakan melalui tinjauan soal selidik yang dibuat Jun 2014.

“Orang dah bosan Pas asyik bawa isu hudud, tapi itu janji kita semasa pilihan raya dan rakyat menuntutnya. Bila orang luar yang melebih-lebih membangkangnya kita rasa pelik.

“Sudah sampai masa sistem hudud dilaksanakan dan perkara tersebut telah diteliti dan dibincangkan melalui jawatankuasa teknikal yang dibentuk serta melibatkan banyak agensi termasuklah mufti, wakil hospital, polis, penjara untuk pastikan ia terlaksana,” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli