Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PAC Dijangka Umum Kad Laporan Kerajaan Minggu Hadapan

No Comment


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mendedahkan kad laporan kerajaan buat pertama kalinya berserta dengan langkah penambahbaikan yang dikemukakan oleh jawatankuasa berkenaan pada minggu hadapan.

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC juga akan menyenaraikan langkah penambaikan yang telah dicadangkan kepada kerajaan pada sesi Parlimen kali ini termasuk langkah yang masih belum dilaksanakan.

"Ada sesetengah isu telah diambil tindakan, ada juga yang belum. Sebagai contoh, kami mencadangkan agar Jabatan Audit Negara menjalankan audit terhadap pembinaan KLIA2. Namun ia masih belum dilaksanakan hingga kini.

"Kami juga telah mencadangkan agar tindakan diambil terhadap beberapa pegawai atas penangguhan projek berkenaan. Saya rasa ia juga masih belum dilaksanakan hingga kini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Parlimen pada Khamis.

Nur Jazlan berkata kad laporan PAC yang akan didedahkan itu nanti sudah pasti berbeza dengan Laporan Ketua Audit Negara kerana ia lebih telus.

"Laporan Ketua Audit Negara bersifat telus, namun laporan kami nyata berbeza kerana PAC turut dianggotai oleh wakil pembangkang. Sudah pasti ia lebih telus," katanya.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata kad laporan tersebut tidak akan ditanda sebagai lulus atau gagal, sebaliknya ia lebih menumpukan kepada laporan perkembangaan usaha kerajaan di bawah program transformasi yang dijalankan.
Laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2014 akan dibentangkan di Parlimen, Isnin ini.

Semua data laporan tersebut akan dipersembahkan kepada PAC.

Jawatankuasa itu akan memutuskan mana-mana isu berbangkit daripada laporan tersebut yang harus disiasat dengan lebih mendalam. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli