Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasukan bantuan AS berlepas ke zon gempa Nepal

No Comment


WASHINGTON: Sebuah pesawat tentera digunakan untuk menghantar pasukan penyelamat dan bantuan Amerika Syarikat (AS) ke Nepal bagi memberi bantuan segera selepas gempa bumi kuat menyebabkan lebih 2,500 orang terbunuh. Pesawat C-17 Globemaster berlepas dari Pangkalan Udara Dover di Delaware pagi semalam dan dijangka tiba di Nepal tengah hari ini, kata pasukan tentera AS.

"Pesawat itu membawa 70 anggota pasukan mencari dan menyelamat AS (USAID) serta beberapa wartawan bersama dengan 45 tan kargo," kata jurucakap Pentagon Kolonel Steve Warren.

Seorang jurucakap USAID pula berkata, kargo berkenaan sebahagian besarnya adalah peralatan untuk membantu pasukan menyelamat.

Turut dibawa bersama pasukan itu adalah enam anjing terlatih untuk mencari mangsa bencana.

"Kami juga sedang menyediakan kelengkapan tambahan terutama bahan untuk membina penempatan sementara. Kami jangka peralatan berkenaan akan dapat dibawa ke sana dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Anggaran awal misi bantuan daripada pasukan tentera dijangka membabitkan kos AS$700,000 (RM2.5 juta), kata jurucakap itu. Ketika ini ada 26 anggota tentera AS dan sebuah pesawat pengangkut C-130 di Nepal yang sebelum ini dijadualkan terbabit dalam latihan ketenteraan di sana. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli