Pelajar campak bayi baru lahir
Beijing: Seorang pelajar kejururawatan membuang bayi yang baru dilahirkannya melalui tingkap tingkat sembilan apartmen asramanya, semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui di jalan raya di luar Kolej Kejururawatan Hainan Kedua. Kes itu kini disiasat polis.
Menurut sumber, remaja terbabit adalah pelajar tahun dua kolej berkenaan dan difahamkan berusia antara 15 dan 18 tahun.
Lapan teman sebiliknya dikatakan sedang nyenyak tidur ketika dia melahirkan bayi itu selepas berjaya menyembunyikan kehamilannya.
Gadis itu kehilangan banyak darah ketika bersalin dan kini dirawat di hospital berdekatan di bawah kawalan 24 jam.
Ibu bapa dan gurunya tidak mengetahui dia mengandung kerana remaja itu menghadiri sesi pembelajaran seperti biasa.
Biro Keselamatan Awam Wuzhishan berkata, pelajar itu satu-satunya suspek apabila dibenarkan keluar dari hospital berkenaan. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini