Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelarian Mati Seperti Tikus Dalam Sangkar Selepas Bot Dinaiki Karam

One Comment


Sicily: Ratusan pendatang yang ketakutan, termasuk wanita dan kanak-kanak lemas seperti ‘tikus dalam sangkar’ selepas mereka terperangkap apabila bot berkenaan karam, kata seorang mangsa yang terselamat.

Lebih 900 orang dikhuatiri mati apabila bot nelayan yang mereka naiki untuk menyeberang Laut Mediterranean dalam pelayaran ke Itali kelmarin, menjadikannya bencana maritim paling buruk sejak tamatnya Perang Dunia Kedua.

Sebuah kapal pengawal pantai Itali semalam membawa 24 mayat mangsa ke Malta untuk dikebumikan sebelum berlepas ke Sicily bersama-sama 28 mangsa yang terselamat selepas bencana itu berlaku di luar pantai Libya.

Media Itali memetik seorang warga Bangladesh yang diangkut dengan helikopter ke hospital di Sicily sebagai berkata, kira-kira 950 penumpang berada dalam bot berkenaan yang karam apabila penumpangnya berebut-rebut ke satu bahagian untuk menarik perhatian sebuah kapal dagang yang belayar berhampiran.

“Kira-kira 200 wanita dan 50 kanak-kanak turut berada dalam bot itu. Ramai yang berada di bahagian bawah. Mereka mati seperti tikus dalam sangkar,” kata lelaki Bangladesh itu.

Akhbar La Repubblica juga memetik dia sebagai berkata: “Saya dan beberapa lagi terselamat kerana kami berada di atas. Yang lain mati lemas dan ramai yang ditahan seperti banduan di bawah bot kerana penyeludup menutup pintu bagi menghalang mereka keluar.”

Ketua Polis Sempadan Itali Jeneral Antonio Iraso berkata, jumlah mangsa yang terselamat itu boleh diterima akal jika ratusan orang ditahan di bahagian bawah bot.

Jika angka kematian itu disahkan, jumlah mereka yang mati kerana cuba untuk tiba di Eropah dalam usaha mencari kehidupan lebih baik adalah lebih ramai berbanding nahas Titanic yang berlaku lebih seabad lalu. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Alhamdulillah... bersyukur dilahirkan di malaysia yg aman damai dan murah rezeki... tak perlu bertarung nyawa pergi ke negara lain meninggalkan tanah air demi mencari rezeki...

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli