Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Syria bom sekolah di Aleppo

No Comment


BEIRUT: Satu serangan udara tentera rejim Syria menyasarkan sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Karim, berkata pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo.

"Lima kanak-kanak, tiga guru wanita dan seorang lelaki terkorban," katanya.

 Katanya, beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat.

Serangan berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli