Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

RUU Persendirian Syariah tidak akan dibentang pada sesi ini - Shahidan

No Comment


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah (Pindaan) 2015 tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa RUU berkenaan yang dibentangkan bagi meminda Akta 355 bertujuan membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri Kelantan, akan dibawa pada sesi akan datang.

Jelas Shahidan, persidangan Dewan Rakyat kali ini yang berakhir hari ini, hanya akan membentangkan RUU Akta Hasutan (Pindaan) 2015 dan juga usul oleh Kementerian Kewangan.

Justeru, katanya ia bukanlah disebabkan Kerajaan menolak usul tersebut, tetapi kerana kesuntukan masa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen BN-Arau berkata, RUU berkenaan hanya boleh dibentangkan dengan kebenaran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut keutamaan dan turutan notis penyerahan.

"Speaker akan memutuskan rang undang-undang ini mengikut keutamaan dan mengikut siapa yang mendahului

"Jadi RUU persendirian ini harus dihantar lebih awal kepada Speaker," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen pada Khamis.

Terdahulu, Shahidan memaklumkan bahawa Dewan Rakyat tidak akan berhenti bersidang selagi RUU Akta Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul Kementerian Kewangan diluluskan pada hari ini.

Jelasnya, terdapat RUU persendirian yang lain telah dibawa lebih awal berbanding RUU yang akan dibawa oleh Ahli Parlimen PAS-Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, pada sidang media, Shahidan berkata sama ada RUU oleh Abdul Hadi itu perlu dibentangkan semula, terletak pada hak Speaker.

“Saya tak boleh menjawab sebab ni bukan hak saya, Speaker dah buat aturan jadi saya kena ikutlah.

“Tetapi selalunya begitu… (rang) undang-undang ni sama ada ditarik balik atau ditangguhkan bacaannya. Sebab banyak RUU yang telah dihantar lebih awal,” katanya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di Parlimen didahulukan.

Menurutnya, ia merupakan hak bagi kerajaan negeri Kelantan untuk mengemukakan RUU tersebut dan katanya tidak ada halangan dari DAP untuk tidak bersetuju. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli