Saya Berani Bersumpah Saya Ditendang Dan Dipukul Dahulu - Azmi Mat Mohktar
Shah Alam: "Saya Berani Bersumpah Dengan Nama Allah, Saya Ditendang Dan Dipukul Dahulu" itulah kata-kata yang keluar dari mulut pemandu teksi Azmi Mat Mokhtar, dimana rakaman video beliau bergaduh dengan sekumpulan gadis di Shah Alam baru-baru ini.
Kejadian tersebut telah dirakam dan menjadi viral dilaman sosial dan kebanyakkan pihak menyalahkan beliau.
Kejadian yang berlaku 3 petang ahad lalu, beliau menadakwa gadis tersebut telah melanggar teksi miliknya di sebuah stesen minyak di Seksyen 7.
Video kejadian itu yang berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kecederaan yang dialami gadis berkenaan serta pemandu teksi terbabit.
"Saya merasa amat sedih dan terkilan selepas dituduh bertindak secara melulu sedangkan semasa kejadian saya dan isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti di sini."
“Kereta dinaiki kumpulan gadis itu dipandu dalam keadaan tergopoh-gapah sebelum bergesel dengan bahagian hadapan teksi saya." katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini