KUALA LUMPUR: "Saya boleh tidur lena malam ini" kata Yimbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan selepas satu setengah tahun memberi penerangan dan penjelasan mengenai pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke seluruh negara.
Menurut Ahmad Maslan, dia kini tidak perlu risau lagi dengan fitnah daripada pembangkang tentang GST lagi kerana sudah sampai masa GST dilaksanakan dan kebenaran akan terbukti.
“Selama ini ada pihak sengaja memomokkan ceramah saya mengenai GST, tetapi pasar raya Mydin, DIY dan Domino Piza membuktikan dakwaan pembangkang itu salah.
“Yang paling rungsing dalam semua episod ini ialah pembangkang. Mereka yang hendak barang naik, tetapi kerajaan hendak barang turun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan di Pasar Raya Mydin Mall di USJ 1, Subang.
Mengenai kedai yang menaikkan harga, Ahmad berkata, kerajaan serahkan kepada pengguna untuk menentukannya kerana mereka adalah raja yang boleh mengajar peniaga erti etika sebenar berniaga barang dalam pelaksanaan GST. - Siakapkeli.com.my