Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Singapura Mula Kuatkuasa Larangan Minum Arak Di Tempat Awam

No Comment


SINGAPURA:  Kerajaan Singapura hari ini telah menguatkuasa satu undang-undang baru mengenai penjualan dan meminum arak di negara itu.

Undang-undang tersebut menetapkan bahawa menjadi kesalahan meminum arak di tempat-tempat awam di antara jam 10.30 malam hingga 7 pagi.

Menurut laporan portal berita mediacorp (Media Singapura), penjualan arak juga dihadkan yang mana ia hanya boleh dibeli sehingga jam 10.30 malam sahaja.

Januari lalu, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, S Iswaran, menjelaskan rasional di sebalik langkah menyekat bekalan dan pengambilan arak ini.

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, perbuatan meminum arak dapat dikaitkan dengan 47 kes merusuh dan 115 kes kecederaan serius termasuk perbuatan membunuh.

“Secara purata, terdapat satu kejadian merusuh dan dua kes kecederaan serius setiap minggu yang dikaitkan dengan arak.

“Trend tersebut semakin meningkat. Kejadian seperti itu berlaku di merata negara dengan 9 daripada 10 kes berlaku selepas jam 10:30 malam,” jelasnya.

Justeru, undang-undang baru ini menetapkan bahawa meminum arak tidak dibenarkan di kawasan awam antara jam 10.30 malam dan 7 pagi setiap hari dan arak hanya boleh dibeli sehingga 10:30 malam.

Dua zon kawalan minuman keras juga telah ditetapkan, di mana sekatan yang lebih ketat akan dikuatkuasakan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli