Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ugutan bom, pesawat Batik Air mendarat cemas di Makassar

No Comment


JAKARTA: Sebuah pesawat penumpang Batik Air dari Ambon ke Jakarta mendarat cemas di Makassar, selatan Sulawesi selepas mendapat panggilan ugutan bom.

Pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, J.A. Barata, berkata skuad polis pemusnah bom dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin untuk melakukan pemeriksaan terhadap pesawat berkenaan.

"Saya menerima panggilan dari Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin di Makassar memberi maklumat mengenai bom di dalam pesawat Batik Air yang dalam penerbangan dari Ambon ke Jakarta," katanya.

"Skuad khas pemusnah bom sedang memeriksa pesawat itu sekarang. Setakat ini belum jelas apa yang mereka temui," katanya. - REUTERS

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli