SINGAPURA: Tindakan pantas seorang pekerja asing telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun daripada jatuh dari balkoni di rumahnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Shammugun yang yang berasal dari India itu sedang membuat penyelenggaraan jalan raya itu telah memanjat rumah tersebut dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang kepalanya tersepit antara ampaian besi di balkoni.
Menurut seorang warga Singapura yang dikenali sebagai Jona Pang kepada Singapura The Straits Times dia berjaya berada di tempat kejadian dan sempat berbual dan mengambil gambar dengan pekerja itu.
"Beliau berhak di beri pengiktirafan yang lebih untuk apa yang telah dia lakukan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut."
Kejadian yang barlaku 371 Jurong East Street 32 dikatakan kelaurga kanak-kanak tersebut tiada di rumah di mana Mangsa hanya mampu memanggil ibunya sambil menangis meminta dikeluarkan segera dari celahan besi ampaian itu.
Seorang warga India diangkat sebagai wira di Singapura apabila berjaya menyelamatkan seorang bayi tersangkut di besi ampaian rumahnya.
Posted by Siakap Keli on Friday, April 24, 2015
Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan kejadian tersebut dan menerima panggilan pada 1.10 petang khamis mengenai kejadian tersebut dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Bagaimanapun apabila sampai kanak-kanak tersebut sudah pun berjaya di selamatkan dan kerana keberanian kedua-dua pekerja tersebut pihak SCDF telah memberi Anugerah Semangat Awam SCDF pada hari ini kepada mereka. - Siakapkeli.com.my