Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita kelar muka suami kerana tandas busuk

No Comment


Tokyo: Seorang wanita menghadapi tuduhan cuba membunuh selepas didakwa mengelar muka suaminya dengan sebilah pisau.

Polis berkata, serangan itu berpunca daripada bau busuk yang ditinggalkan suaminya dalam tandas rumah mereka di Otaku.

Menurut agensi berita Jiji Press, Emi Mamiya, 29, menuduh suaminya meninggalkan bau yang amat kurang menyenangkan di tandas selepas menggunakannya petang 12 April lalu.

Dia juga berkata, suaminya, 34, kemudian cuba membantu anak mereka yang berusia tiga tahun menggunakan tandas ‘tanpa terlebih dulu membasuh tangannya.’

Menurut laporan TBS News, Emi mengamuk dan menyerang mangsa dengan pisau menyebabkan dia luka pada muka.

Polis menahan Emi di tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.
Emi bagaimanapun menafikan dia cuba membunuh suaminya. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli