Wardina Kesal Isu Demo Turunkan Lambang Salib Kerana Ia Bertentangan Dengan Kebebasan Beragama
Dalam sehari dua ini negara kita dikejutkan dengan demontrasi yang berlaku di Taman Medan apabila ada tunjuk perasaan penduduk kawasan tersebut yang menuntut supaya lambang salib diturunkan.
Wardina yang mengikuti perkembangan kejadian tersebut telah memuat satu status dilaman Facebook miliknya yang menyatakan ketidak wajaran dan melahirkan rasa simpati dengan isu simbol salib gereja di Taman Medan ini.
Beliau menyatakan bahawa lambang salib itu tidak patut diturunkan kerana tindakan ini nyata bertentangan dengan prinsip beragama di negara kita dan kejadian ini menunjukkan seolah-olah kebebasan beragama disekat.
“Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seislam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya”
“Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina dipetik dari Facebook miliknya. - Sikakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini