PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa kalau apa yang diberitahu beliau mengenai 1MDB itu salah dan fitnah sudah tentu beliau dan rakan-rakan sudah ditangkap dan dipenjara katanya di dalam Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club.
“Jika apa yang saya dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebut mengenai (1MDB) tidak betul, sudah tentu kami berdepan dengan tindakan termasuk kemungkinan dimasukkan ke penjara,”
“Sehingga kini tiada satu pun tindakan undang-undang atau saman yang dikenakan terhadap beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu susulan daripada pendedahan penyelewengan,” katanya.
Beliau menyatakan hal itu selepas seorang peserta dalam forum tersebut telah menyatakan rasa ragu tentang angka dan fakta yang di bentangkan Rafizi mengenai 1MDB sebelum ini. Peserta tersebut urut menyoalkan kenapa hanya perkara itu hanya dimainkan oleh pembangkang sahaja tanpa mendengar penjelasan dari pihak kerajaan.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebelum beliau dan rakan Pakata Rakyat mendedahkan perkara tersebut tentang penyalahgunaan dana awam itu, mereka sudah meneliti fakta-fakta tersebut adakah betu atau tidak Selepas pasti akan ketepatan fakta yang diperolehi tersebut baru pendedahan dibuat.
"Saya dan YB Tony Pua, peranan kami adalah, setelah semak betul-betul dan kami yakin maklumat itu tepat, maka kita bawa kepada rakyat dan juga media.
"Dalam dunia hari ini maklumat mudah diperolehi, tidak seperti dulu di mana maklumat disembunyikan.
"Sekarang ini dengan internet, segala maklumat dan budaya baharu di Malaysia, budaya ‘whistleblowing’ bahawa orang akan bagi maklumat kerana merasakan ia tanggungjawab sivik mereka untuk bagi maklumat ini," ujarnya.-