KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Effendy Rashi |
KUALA LUMPUR: Semua 200 nelayan yang dilaporkan ditahan di perairan Indonesia beberapa hari lalu dipercayai rakyat asing yang cuba menyusup masuk ke Malaysia, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata, identiti sebenar dan status kerakyatan nelayan terbabit tidak dapat disahkan kerana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri.
"Mereka juga tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dan dipercayai rakyat asing yang cuba menyusup masuk ke Malaysia melalui perairan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BH Online