Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

562 bilik kebal di seluruh negara dilengkapi CCTV elak kebocoran kertas peperiksaan


Sebelum ini kecoh satu negara dengan penyebaran soalan bocor UPSR sehingga beberapa kertas peperiksaan terpaksa ditangguhkan. Terkini, satu langkah telah diambil bagi mengelakkan perkara tersebut berulang. Sebanyak 562 kamera litar tertutup (CCTV) kini dipasang pada bilik kebal seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamed Yusof, selain daripada keselamatan dari aspek peperiksaan, keseluruhan aspek dari peringkat awal juga dipertingkatkan bagi memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan.

"Proses lain juga diperlengkap dan dipertingkatkan termasuk penubuhan Jawatankuasa Bebas bagi menangani isu kebocoran kertas peperiksaan Oktober lalu dan laporan dijangka akan dapat diperoleh pertengahan Disember ini," katanya.

Untuk makluman, untuk peperiksaan SPM tahun ini akan melibatkan 455,839 calon dan 3,655 pusat peperiksaan dengan 29,607 petugas akan ditempatkan di seluruh negara. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli