Kru Siakapkeli sendiri sempat menemuramah Puteri dan ternyata beliau adalah seorang yang peramah dan baik hati walaupun nampak serius perwatakannya bila bermain ular.Puteri telah meminati haiwan peliharaan yang esotik dan mencabar sejak dari kecil lagi.Haiwan peliharaan pertama puteri adalah ulat gonggok dan dia turut memelihara kalajengking, iguana dan pelbagai haiwan lain lagi.
Dari segi pengalaman "pengalaman yang paling saya suka bila ada orang memuji dengan kata-kata semangat dan ada orang PM saya di facebook cakap bukan senang nak jumpa orang bertudung bermain ular dan mendoakan saya agar terus bertudung"
"pengalaman yang saya tidak suka adalah bila ada orang yang cuba menjatuhkan saya bila setiap kali saya terlibat dalam bidang ular ini"
Gambar terbaru puteri yang membuat persembahan di Stadium Merdeka
Bagi sesiapa yang takut ular ataupun meminatai bidang ini tapi takut ini pasanan puteri "Kita cuba belajar dari orang yang boleh ajar kita cara pegang ular dengan betol dan lagi satu elok layanan kita terhadap ular maka elok la layanan dari ular kepada kita kerana dia pun makhluk ALLAH.
- Siakapkeli.com.my
Lagi gambar puteri dengan ular