SEBAHAGIAN rumah yang musnah akibat gempa bumi yang melanda Bandar Hakuba, Nagano, Tokyo hari ini. - Foto REUTERS |
Gempa berukuran 6.8 magnitud melanda Bandar Nagano jam 10 malam semalam (waktu tempatan) di kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.2 magnitud itu bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami kerana ia berlaku di tanah besar.
Pemilik restoran di Habuka, Ryo Nishino, memberitahu stesen penyiaran NHK bahawa dia begitu takut kerana ini kali pertama melalui saat gegaran gempa di bandar peranginan ski yang terletak di barat Nagano itu.
“Ia bergoncang dengan kuat. Keadaan di pusat percutian ini menjadi kelam-kabut,” katanya.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Nuklear Jepun berkata setakat ini tiga loji tenaga nuklear di sekitar kawasan gempa berkenaan tidak terjejas.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan Jepun, seramai 13 orang setakat ini dilaporkan cedera dengan sekurang-kurangnya dua mendapat kecederaan serius. – AFP