KUALA LUMPUR: Nuklear adalah satu sistam senjata yang amat berbahaya didunia dan boleh merosakkan dunia hanya dengan sekelip mata kerana ledakan nuklear lagi berbahaya dan kuat daripada letupan bom atom yang pernah melenyapkan Hiroshima dan nagasaki pada tahun 1945 dimana mengorbankan 200,000 nyawa.
Namun senjata ini sekarang lebih hebat ancamannya sekarang kerana terlalu banyak negara kuasa besar dunia menghasilkan senjata ini bertopengkan untuk pertahanan negara mereka.
Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1)
Kira-kira 4,400 daripada senjata itu diletakkan dalam keadaan berwaspada dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja dengan hanya satu butang.
"Mungkin memerlukan hanya empat hingga lapan minit untuk mana-mana jeneral atau presiden memutuskan sama ada mahu melancarkan senjata itu atau tidak", kata Profesor Gareth Evans dalam forum anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Wisma Putra baru-baru ini.
Evans yang juga mantan Menteri Luar Australia menyatakan perang nuklear mungkin berlaku bukan kerana tindakan kejam seorang 'penyangak' tetapi lebih kepada kesilapan sistem atau manusia akibat salah jangkaan atau salah anggapan.
"Jadi jika setakat ini masih belum ada bom nuklear yang meletup dan meragut nyawa kita, ia bukan kerana pengurusan atau pentadbiran yang tegas tetapi lebih kepada nasib semata-mata"
Beliau menegaskan seluruh negara di dunia akan akan terjejas walaupun berlaku peperangan kecil melibatkan Nuklear.Siakapkeli.com.my