Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Air Dan Elektrik, Penyokong Anwar Dakwa Disabotaj

No Comment


PUTRAJAYA 4 NOV: Orang ramai yang berada di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral kerana tiada bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya.

Ketiadaan elektrik dan air itu didakwa angkara sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Mantan Pensyarah UIA, Dr Badrul Amin Baharom, perkara tersebut adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat.", katanya memetik laporan dari keadilan daily.

Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi,” tegasnya lagi.

Menurut Ahmad Akhir Pakwan Chik, salah seorang penyokong yang hadir, dia berasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.

Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat,” katanya - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli