Amerika Syarikat Hantar Wakil Ke Kelantan Berkenaan Isu Hudud
KOTA BHARU: Amerika Syarikat semalam telah menghantar wakilnya, Tresa Rae Finerty, ke Kelantan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.
Beliau dihantar selepas melihat kesungguhan kerajaan Negeri kelantan untuk melaksanakan Undang-undang Islam tersebut mengakui agak keliru dengan perundangan tersebut kerana kurang maklumat mengenai Hudud.
“Perkara itu mungkin disalah tafsir sehingga agak mengelirukan. Selepas ini saya akan mencari maklumat berhubung perkara itu,” katanya mengenai Hudud ketika mengujungi Timbalan Menteri Besar iaitu, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Kelantan telah melulus enakmen tersebut di persidangan Dewan Undangan Negeri pada 1993 dan kerajaan negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi menghalusi perundangan tersebut setelah melihat keterbukaan kerajaan persekutuan yang ada sekarang berkaitan isu Hudud.
Tresa juga turut menyuarakan rasa kagun dengan Negeri kelantan dan rakyatnya kerana mempunyai budaya kehidupan tersendiri, di samping keramahan masyarakatnya- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini