Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Pembuli Jalan Raya Didakwa Di Mahkamah

No Comment

Sebelum ini kami ada siarkan berita seorang lelaki pembuli jalanraya yang mana telah ditangkap semalam menurut laporan Utusan.

Terikini lelaki tersebut kini didakwa di mahkamah. Tertuduh, Khoo Kok Ann, 58, dituduh melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadu, dua hari lalu.

Khoo, yang merupakan seorang Pengarah syarikat konsultan bagaimanapun membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Tuduhan kedua pula yang mana dia didakwa melakukan jenayah ugutan bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.

Khoo kini didakwa mengikut seksyen 506 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Khoo yang sebelum ini berjaya ditahan oleh pihak polis kurang 24 jam kejadian itu berlaku.

Melihat kepada video serta gambar yang tersebar di media sosial jelas menunjukkan Khoo meludah serta membengkokkan pengilap kereta mangsa. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli