Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Belanja RM 37,375 untuk selenggara sebiji telefon awam

No Comment


KUALA LUMPUR: Semalam kecoh di Parlimen apabila wakil rakyat Pas, Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh), membangkitkan isu kos penyelenggaraan telefon awam semasa membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam.

Beliau mempersoalkan tentang jumlah kos penyelenggaraan pada 2013 dimana sejumlah RM90 juta telah dibelanjakan hanya untuk 2408 buah telefon tersebut tetapi hanya RM77.8 juta dibelanjakan untuk Projek Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia.

Menurut kenyataan beliau yang dipetik dari Harakahdaily. “Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefon awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?

“Sedangkan telefoni awam ini tidak ramai orang menggunakannya berbanding telefon mudah alih yang ada hari ini.

“Ini bermakna secara purata perbelanjaan yang diperuntukkan untuk sebuah telefon awam adalah sebanyak RM 37,375,” soalnya sambil menambah ianya terlalu besar untuk satu-satu telefon awam.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YAB Dato Jailani Johari menyatakan program telefon awam tersebut teah diperkenalkan sejak tahun 2002 dan sehingga kini masih ramai penduduk luar bandar mendapat manfaat dari program tersebut- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli