Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Bintang Brazil, Adriano Didakwa Berkaitan Dadah

No Comment

RIO DE JANEIRO – Bekas penyerang antarabangsa Brazil, Adriano didakwa di Rio de Janeiro, semalam atas tuduhan berkaitan pengedaran dadah, kata pihak berkuasa.

Bekas bintang Inter Milan, Fiorentina, Parma dan Roma berusia 32 tahun itu yang cuba mengembalikan kegemilangan kariernya di Perancis, dituduh selepas motosikal yang dibelinya pada 2007 dikaitkan dengan pengedaran dadah di Vila Cruzeiro, tempat di mana dia membesar.

Sekiranya didapati bersalah, Adriano boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun, lapor ESPN.

Pihak pendakwa raya tidak mengarahkan penahanan Adriano namun beliau diperintah menyerahkan pasportnya.

Menurut media di Brazil, Adriano pernah mencuba nasib di Perancis untuk beraksi bersama kelab divisyen dua, Le Havre bagi menyelamatkan kerjayanya.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu meledakkan 27 gol sepanjang 48 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil dan kelab terakhirnya Atletico Paranaense yang beraksi di liga domestik Brazil.

Begitupun, kelab itu sudah pun menamatkan kontraknya, enam bulan lalu. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli