Liverpool Tak Patut Tewas Di Bernabeu – Rodgers
MADRID – Brendan Rodgers mempertahankan pemilihan kesebelasan utama Liverpool ketika bertemu Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu yang berakhir dengan kekalahan 1-0, awal pagi tadi.
Pengurus The Reds itu berkata, skuad bimbingannya lebih layak pulang ke Anfield dengan pungutan mata dalam perlawanan digambarkannya ‘prestasi yang menakjubkan.’
Rodgers membuat perubahan drastik daripada skuad yang tewas kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lepas dan tidak menyenaraikan kapten, Steven Gerrard, Philippe Coutinho, Raheem Sterling, Jordan Henderson dan Mario Balotelli dalam kesebelasan utam.
Penyerang Perancis, Karim Benzema menjaringkan gol kemenangan Real pada minit ke-27 dan sekalipun Liverpool berjaya mengekang Cristiano Ronaldo daripada meledak gol, tiada sebarang ancaman boleh dianggap berbahaya dilancarkan kelab Inggeris itu.
Kekalahan meletakkan Liverpool berada dalam laluan sukar untuk mara ketika Real mengesahkan tempat dan perlu menang dua perlawanan terakhir menentang Ludogorets dan FC Basel.
“Kami bertahan dengan amat, amat baik apabila berdepan pasukan yang dianggap terbaik di dunia ketika ini,” kata Rodgers. “Saya fikir kami tidak bernasib baik untuk tidak mendapat sesuatu daripada perlawanan ini.
“Dia stadium ini, perlawanan sepatutnya berakhir selepas 15 ke 20 minit dan saya fikir kami mungkin lebih layak untuk mendapatkan mata daripada perlawanan ini,” katanya.
Rodgers berkata pergelutan Liverpool dalam kempen domestik turut menjadi punca kegagalan pasukannya dengan beberapa pemain terpaksa direhatkan menjelang pertemuan getir menentang Chelsea, Sabtu ini.
Liverpool ketika ini berada di kedudukan ketujuh EPL selepas 10 perlawanan, ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Chelsea yang masih belum tewas. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini