Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mufti, MAIS Diminta Adakan Pertemuan Dengan SIS – Azmin

No Comment

KUALA LUMPUR – Mufti dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diminta mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) berhubung permohonan semakan kehakiman mengenai fatwa MAIS oleh NGO berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan itu perlu bagi mengelak kekeliruan dan salah faham.

“Selepas membaca kenyataan SIS di media, saya menghubungi Mufti Selangor (Datuk Abdul Wahid Tamyes) untuk mendapat penjelasan mengenai isu terbabit.

“Saya benar -benar berharap dengan konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka, akan membantu untuk membawa suasana harmoni seperti mana dianjurkan oleh Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Cadangan pertemuan antara MAIS dan SIS juga kata Azmin sudah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli