Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pertandingan Turun Satu Kilo Dapat 2 Gram Emas

No Comment
Foto: Jaime Puebla/The National
Satu pertandingan penurunan berat badan yang diadakan di Dubai pada musim panas ini berjanji untuk membayar semua pesertanya dua gram emas bagi setiap kilogram berat badan yang hilang.

Inisiatif ini telah digelar ‘Your Child in Gold’ selepas ‘Your Weight in Gold’ pada tahun lepas yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Dubai.

Lebih 28,000 penduduk Dubai mendaftar pada bulan Julai. Bagaimanapun apa yang melucukan, banyak daripada penyertaan terpaksa ditolak kerana anak-anak mereka tidak mempunyai berat badan yang berlebihan.

Menurut laporan, ramai peserta mendakwa bahawa tujuan mereka bukanlah untuk memenangi emas.

 Menurut Areefin Babu berusia 28 tahun, seorang jurutera dari India. Berat badannya 91 kg pada permulaan pertandingan dan matlamat beliau adalah untuk kehilangan 20 kg dalam 45 hari.

"Matlamat utama adalah untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan badan yang sihat,"

Lebih 7,500 pemenang akan diisytiharkan pada tahun ini, yang secara keseluruhannya akan diberikan 40kg emas bernilai Dh6 juta (lebih daripada $ 1.6 juta). - Siakapkeli.com.my

Foto: Jaime Puebla/The National
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli