Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempa di barat China ragut dua nyawa, 54 cedera

No Comment
Xinhua, penduduk keluar dari bangunan kediaman dan pejabat apabila gempa melanda di barat China, hari ini. - Foto AP

BEIJING: Gempa kuat melanda kawasan pergunungan di barat China yang kurang penduduk, menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut manakala 54 lagi cedera, termasuk rumah kediaman yang ranap.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 5.9 magnitud itu berpusat di 30 kilometer dari bandar Kangding di Wilayah Sichuan.

Pusat Seismologi China bagaimanapun meletakkan ukuran gempa pada 6.3 magnitud.

Pejabat Penerangan Kerajaan Wilayah Sichuan berkata, angka kematian akibat gempa meningkat kepada dua dengan 54 orang cedera setakat pagi ini.

Mereka yang terkorban termasuk seorang wanita berusia lewat 70-an apabila rangka tingkap rumah menimpanya, demikian menurut agensi berita Xinhua dan stesen penyiaran CCTV dengan memetik Dr Chen Yunbing, di Hospital Ganzi.

Seorang pegawai bertugas di Daerah Kangding yang dikenali sebagai Xia, berkata gegaran gempa hanya beberapa saat dan susulan itu pihaknya mendapat banyak aduan mengenai bangunan yang rosak dan retak. - AP


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli