Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Dibebaskan Dari Tuduhan Rogol Pelajar Tuisyen Sebanyak Dua Kali

No Comment
Mohd Faddil memeluk ibunya Sabariah Abd Hamid di luar Mahkamah Sesyen selepas dibebaskan.

SEREMBAN, 20 Nov : Seorang guru Matematik berusia 39 tahun telah dibebaskan tanpa perlu membeli diri setelah didakwa merogol seorang pelajar sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Anita Harun membebaskan Mohd Faddil Abdul Rahman dari tuduhan merogol pelajar berkenaan yang ketika itu berusia enam tahun.

Dia dituduh merogol pelajar berkenaan sebanyak dua kali di sebuah rumah di Seremban pada 3 dan 14 September tahun lepas.

Hakim berkata, berdasarkan testimoni oleh pakar perubatan, tertuduh telah mengalami masalah mati pucuk ketika dia dituduh melakukan kesalahan terbabit.

Mahkamah telah membebaskan tertuduh berdasarkan keterangan dari saksi tersebut (pakar perubatan) dan dikuatkan lagi dari kenyataan isterinya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli