Harga Kereta Import Akan Diturunkan Sebanyak 30% Dalam Masa Lima Tahun
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kerajaan komited dalam memastikan harga kereta import terutamanya kereta yang mempunyai kapasiti enjin pertengahan akan diturunkan sebanyak 30%, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri hari ini.
“Kerajaan akan mengotakan janji untuk mengurangkan harga kereta import di antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang,”, kata beliau memetik laporan The Star.
Bagaimanapun, dia berkata pengurangan harga tersebut tidak akan melibatkan kereta import mewah.
Dia bersetuju dengan Che Mohamad Zulkifly Jusuh (BN-Setiu) yang mengatakan pengurangan harga kereta import tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana ianya akan memberi impak negatif kepada industri.
"Apa yang akan berlaku adalah pengguna akan fokus untuk membeli kereta baru dan tidak mahu lagi membeli kereta terpakai", katanya.
Hamim memberikan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan dari wakil PKR dari Pandan, Rafizi Ramli yang menyatakan rakyat Malaysia dibebani inflasi berikutan pengurangan subsidi dan dihimpit oleh duti eksais yang tinggi. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini