Pelakon utama Filem Transformers, Shia LaBeouf baru-baru ini telah mengejutakan ramai pihak apabila membuat satu pendedahan di mana beliau mendakwa telah dirogol oleh seorang wanita ketika berada di sebuah pameran seni pada Februari lalu.
Dia mendakwa semasa duduk berseorangan di pameran itu seorang wanita telah datang kearahnya dn terus memeluk dan merogolnya.
“Seorang wanita yang datang bersama kekasihnya, kemudian datang secara tiba-tiba ke arah saya dan mula mengawal saya, dia buka pakaian saya dan terus merogol saya.
“Selepas kejadian itu, wanita itu terus berjalan meninggalkan saya dalam keadaan rambutnya yang tidak terurus dan mekap yang serabai,” katanya memetik laporan People.
Kejadian itu telah disaksikan oleh kekasihnya, Mia Goth , yang kebetulan baru sampai untuk meraikan hari kekasih telah membuatkan mereka bergaduh besar.
Namun hubungan mereka kembali pulih seminggu selepas itu selepas Shia telah menjelaskan tentang perkara sebenar yang terjadi kepada Mia.
Menurut beliau kejadian itu telah menyebabkan dia menjadi trauma dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupnya.- Siakapkeli.com.my