Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hishamuddin Tuntutan Pada Najib Henti Tayangkan Video Beliau

No Comment


KUALA LUMPUR: Seorang aktivis politik, Hishamuddin Rais, hari ini telah menghatar surat melalui peguamnya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memberhentikan  menayangkan videonya  Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib.

"Surat peguam saya ini bertujuan memberi amaran kepada Najib agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang ditayangkan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini," katanya yang dipetik Astro Awani.

Menurut Syarikat guaman, Daim dan Gamany, klip video yang telah dimainkan oleh presiden UMNO itu seolah-olah menunjukkan Hishamudin bersalah dibawah Akta Hasutan 1948. Video itu dipasang semata-mata untuk mengekalkan akta hasutan.

Tindakan najib itu dilihat mewujudkan risiko besar untuk mendatangkan prejudis semasa proses di mahkamah sedangkan perkara tersebut masih di mahkamah. Perbutan Najib itu yang mendapat laporan luas media telah menghina mahkamah.

"Kami diarahkan untuk memberikan anda notis yang mengatakan anda tidak boleh menyiarkan, menunjukkan, mengedarkan atau menyebarkan klip video tersebut di Perhimpunan Agung Umno, yang masih berjalan ataupun di mana-mana kejadian ataupun membuat dakwaan yang serupa terhadap anak guaman kami sementara kes masih berjalan di mahkamah.

"Sekiranya anda gagal mematuhi, kami mempunyai arahan untuk memulakan prosiding komitmen terhadap anda," kata firma guaman tersebut dalam notisnya.


Hishamuddin, 63, sebelum ini telah diarah membela diri di mahkamah dans edang menjalai perbicaraan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana ucapannya dalam satu forum tahun lepas.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli