Tahukah anda yang kita kini berada di masa hadapan? Ya! Bukan kerana mesin merentasi masa, atau telefon bimbit yang kalis air mahupun jam tangan pintar. Tetapi dengan kehadiran teknologi yang sudah lama dinanti-nantikan, teknologi seperti gambaran dalam filem Back to The Future. Hoverboards (Papan selaju yang boleh terapung) yang sebenar sudahpun dirasmikan.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Hendo telah merealisasikan idea dari Marty McFly. Sekiranya anda pernah menonton filem Back to The Future, Marty McFly yang menggunakan papan selaju yang terapung dipinjamnya dari dua perempuan dalam filem itu untuk lari dari penjahat.
Hendo telah memilih Tony Hawk, pengguna papan selaju professional menggunakan ciptaan terhebat mereka. Jom tonton video di bawah;
Hoverboard ini menggunakan teknologi medan elektromagnetik dengan jark dari lantai kurang dari 1 inci apabila seseorang berdiri diatasnya. Selain itu ia mampu mengapungkan seseorang yang memiliki berat 300 paun.
Bagaimanapun, ia hanya berfungsi di atas bahan permukaan tertentu sahaja seperti kuprum dan aluminium, di mana seseorang boleh terapung selama 7 minit dengan bantuan bateri.
Hoverboard ini bagaimanapun hanya mampu berfungsi diatas permukaan seperti kuprum dan aluminum dan baterinya boleh menampung seseorang diatasnya selama 7 minit. - Siakapkeli.com.my