Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jutawan Yang Amat Baik Hati Bina Rumah Mewah Percuma Untuk Orang Kampung

No Comment


CHINA: Seorang Jutawan dari China bukan sahaja kaya tetapi amat baik hati apabila telah membina rumah baru kepada penduduk kampungnya dengan percuma.

Xiong Shuihua dikatankan telah merobohkan semua rumah-rumah kayu yang ada di kampung nya dan membina rumah mewah kepada 18 keluarga secara percuma di kampung Xiongkeng di Xinyu sebagai tanda menghargai mereka sebagai jiran tetangganya yang baik semasa beliau membesar di situ.

Beliau sekarang sudah berjaya dan kaya dan berfikir cara yang terbaik untuk membalas budi dan menolong orang-orang kampungnya dengan cara ini kerana rumah-rumah asal dilihat terlalu daif.




Pembinaan rumah-rumah tersebut telah melibatkan kos kira-kira £4 juta. Selain membina rumah tersebut beliau juga menyediakan makanan secara percuma tiga kali kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usul saya,’’ katanya

Menurut seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata, bukan setakat Xiong Shuihua sahaja yang baik hati, kebaikan yang datang dari beliau ini sebenarnya diwarisi oleh ibu bapanya yang memang terkenal dengan kebaikan mereka menolong orang.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli