Gambar Hiasan
PULAU AMAN: Semalam ada di laporkan tentang penemuan badan seorang wanita tanpa kepala dan kaki di temui dalam beg pakaian di George Town. Hari ini sepasang kaki di percayai milik mangsa telah di jumpai di kawasan pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal.
"Kaki sebelah kanan dijumpai orang awam manakala sebelah lagi ditemui anggota polis yang memeriksa kawasan itu.
"Kaki berkulit cerah itu didapati sudah mengembang serta berbau busuk dan terdapat kesan darah kering," katanya kepada pemberita pada program High Profile Policing bersama penduduk Pulau Aman hari ini.
Menurut beliau kaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk ujian DNA bagi mengesahkannya sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.
Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menghantar Unit Anjing Pengesan K9 di tempat kejadian untuk mengumpul bukti lanjut dan turut mengesahkan mayat wanita yang ditemui itu adalah warga asing.
Pihak polis sedang mencari kepala mangsa dan meminta orang ramai yang menemui objek seperti kepala agar menghubungi balai berhampiran.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa dijerut sehingga mati sebelum badannya dipotong dengan peralatan tajam.- Siakapkeli.com.my