Kereta lut sinar, pasti anda akan merasa pelik kan. Tetapi anda kena percaya kerana ia telah dicipta oleh sebuah Universiti di jepun di mana anda akan nampak apa yang ada di sebalik pintu kereta yang menjadi lut sinar.
Teknologi baru ini mungkin dapat mengurangkan masalah kemalangan kereta di rumah yang banyak terjadi seperti kes bayi di langgar oleh ibu sendiri ketika mengundurkan kereta.
Sistem ini pasti dapat mengatasi masalah sistem radar mengundur yang kini standard pada kesemua kereta baru yang tidak mencukupi untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
Sistem ini berfungsi dengan kombinasi sistem kamera dan unjuran imej ke atas bahagian dalam kereta, pemandu boleh melihat menembusi badan kenderaan.
Sistem unjuran yang dibangunkan oleh Universiti Keio ini boleh digunakan bagi melihat kebelakang dan juga sisi kenderaan. Jadi masalah kematian akibat digilis ketika mengundur dan melanggar kenderaan secara sisi dapat dielakkan.
Bagaimanapun teknologi ini masih dibangunkan dan belum bersedia untuk di komersilkan. Apa yang di harapkan apabila teknologi ini boleh di gunakan nanti akan dapat membantu masalah kemalangan yang banyak berlaku sekarang dan sudah pasti pengguna mengharapakn harganya berpatutan.- Siakapkeli.com.my