Mahkamah Gwangju telah menjatuhkan hukuman keras tersebut kepada lelaki berusia 81 tahun yang hanya dikenali dengan nama keluarga Kim itu. Beliau didapati bersalah membakar dan membunuh tanpa niat dengan memulakan kebakaran yang menyebabkan 22 orang penghuni hospital warga emas itu maut dengan kebanyakan mangsa mati sebab terhidu asap.
Jurucakap mahkamah, Hahn Ji-Hyeong, mendakwa Kim "tidak begitu terjejas" dan dapat menyedari akibat daripada tindakannya.
Kim memulakan kebakaran di tingkat dua hospital yang terletak di selatan Janseong County pada Mei 27 lalu. Hospital tersebut menepatkan kira-kira 70 orang pesakit warga emas semasa kejadian tersebut.
Kim bagaimanapun menafikan tanggungjawab tentang kejadian tersebut sehingga mahkamah menunjukan visual rakaman keselamatan menunjukkan dia pergi ke dalam bilik simpanan di mana api telah bermula.
Siasatan ke dalam kejadian itu menunjukkan bahawa hospital itu kekurangan alat pemadam api dan juga tidak mempunyai cukup kakitangan bertugas malam pada masa itu.
Sebelum ini kerajaan Korea Selatan mengumumkan peraturan keselamatan diperketatkan untuk kemudahan kerajaan di mana hospital untuk warga emas sekurang-kurangknya mepunyai 3 biji pemadam api.- Siakapkeli.com.my