Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahkamah Rayuan 'Iktiraf' Hak Transgender

No Comment

PUTRAJAYA, 7 Nov - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini telah memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman keatas lelaki Islam yang berpakaian seperti wanita sebagai bercanggah dengan perlembangaan.

Dengan itu, Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal, memetetik laporan dari MalaysiaKini.

Keputusan tersebut secara tidak langsung mengiktiraf hak kumpulan transgender di Malaysia. Dengan kata lain, keputusan itu seolah-olah mengatakan kumpulan transgender ini mempunyai hak mereka tersendiri yang ternyata berlawanan dengan ajaran agama.

Keputusan tersebut telah disambut gembira oleh para penyokong dan kumpulan trangsgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Seksyen 66 memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda RM1,000 jika seseorang lelaki berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat awam. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli