Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Kelar Rakan Sebilik Kerana Meliwatnya

No Comment


Seorang lelaki berketurunan Asia telah dikelar oleh rakan sebilik gara-gara meliwat rakannya itu yang sedang mabuk.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu telah didakwa di mahkamah diatas tuduhan membunuh rakannya menggunakan sebilah pisau yang dibeli selang beberapa hari sebelum kejadian itu.

Mayat mangsa telah ditemui oleh polis Mesir berhampiran longgokan sampah berhampiran kolam renang yang dipenuhi darah. Kehadiran polis itu adalah setelah menerima panggilan dari sebuah kem Al-Quasais mengenai kejadian tersebit pada 13 Jun lepas.

Bagaiamanapun si pelaku kemudiannya mengakui kepada pihak polis yang dia telah melakukan pembunuhan kejam tersebut bertujuan membalas dendam.

“Lelaki itu mengakui kepada saya yang dia bersama mangsa selalu mengambil alkohol sehingga mabuk. Kemudian dia mendapat tahu dari teman lain yang mangsa pernah meliwatnya ketika dalam kondisi mabuk,” kata seorang polis yang menjadi saksi pendakwaan.

Tambahnya lagi, “Dia kemudiannya membeli sebilah pisau dan menunggu mangsa pulang ke rumah. Apabila mangsa sampai ke bilik, dia terus menyerang dan mengelar leher mangsa dari belakang.”

Menurut laporan, mangsa sempat bangun untuk mendapatkan bantuan, namun telah rebah dan meninggal dunia di tempat mayatnya ditemui. Bagaiamanpun prosiding tersebut ditangguhkan bagi tertuduh mendapatkan peguam. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli